Siapa ‘Bro’ Sebenar? 10 Petanda Kawan Baik Anda Jenis ‘Tikam Belakang’!

Dalam kehidupan seorang lelaki, mempunyai seorang kawan baik lelaki adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Ikatan persahabatan lelaki, atau sering disebut sebagai brotherhood, adalah lebih daripada sekadar hubungan sosial biasa.

Ia melibatkan kepercayaan, kesetiaan, dan sokongan tanpa syarat yang menjadi pelindung dalam menghadapi cabaran hidup.

Kawan baik lelaki adalah individu yang kita kongsi suka duka, rahsia, dan impian. Namun, tidak semua kawan baik adalah seperti yang kita harapkan.

Kadangkala, ada individu yang kelihatan seperti kawan tetapi sebenarnya adalah musuh dalam selimut.

Mereka mungkin memanfaatkan persahabatan untuk kepentingan peribadi atau menyimpan niat yang tidak baik.

Berikut MSKULIN kongsikan 10 petanda bahawa bro anda atau kawan baik anda mungkin bukanlah seperti yang anda sangkakan!

1. Sering Membandingkan Kejayaan

Kawan yang sebenar akan menyokong anda dan bangga dengan pencapaian anda, bukannya merasa tergugat atau kerap membandingkan diri mereka dengan anda. Jika dia kerap mencetuskan perbandingan yang membuat anda rasa rendah diri, itu mungkin tanda bahawa dia tidak ikhlas.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Anda

Cemburu adalah emosi manusia biasa, tetapi jika rakan anda menunjukkan tanda-tanda iri hati secara terbuka terhadap kejayaan anda, ini boleh menjadi petanda buruk. Mereka mungkin cuba meremehkan pencapaian anda atau mengkritik anda secara tidak adil.

3. Suka Menyebarkan Rahsia

Kawan yang boleh dipercayai akan menyimpan rahsia anda seperti rahsia mereka sendiri. Jika dia mendedahkan hal peribadi anda kepada orang lain, itu adalah tanda jelas dia bukan kawan sejati.

4. Sering Mengambil Kesempatan

Adakah dia hanya hadir apabila dia memerlukan sesuatu daripada anda? Kawan sejati saling membantu, tetapi jika hubungan ini hanya berat sebelah, mungkin sudah tiba masanya anda menilai kembali persahabatan ini.

BACA: Ikmal Amry Cabar Stereotaip Hero Romantik, Sertai Program ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’

5. Mengkritik Anda di Depan Orang Lain

Kritikan membina adalah baik, tetapi jika rakan anda kerap memalukan anda di hadapan orang lain, dia mungkin tidak menghormati anda. Ini juga tanda dia cuba melemahkan keyakinan anda.

6. Tidak Gembira Ketika Anda Gembira

Perhatikan reaksinya apabila anda berkongsi berita baik. Kawan sejati akan turut merasa bahagia dengan kegembiraan anda. Jika dia nampak hambar atau cuba mengalihkan perhatian kepada dirinya, itu adalah petanda buruk.

7. Menyebarkan Khabar Angin Tentang Anda

Seorang musuh dalam selimut sering menggunakan khabar angin untuk menjatuhkan anda. Jika anda mendengar cerita palsu tentang diri anda yang hanya dia tahu, besar kemungkinan dialah puncanya.

8. Tidak Menyokong Impian Anda

Seorang kawan sejati akan menyokong aspirasi anda, walaupun ia sukar dicapai. Jika dia mempersendakan impian anda atau menganggap usaha anda membuang masa, dia mungkin tidak benar-benar mahu melihat anda berjaya.

9. Bersikap Berbeza Di Depan Orang Lain

Adakah dia bersikap mesra apabila hanya anda berdua tetapi berubah menjadi dingin atau kasar apabila bersama orang lain? Ini adalah tanda ketidaktulusan dalam persahabatan.

10. Cenderung Bermuka Dua

Kawan baik tidak akan bercakap buruk tentang anda di belakang anda. Jika anda mendengar daripada orang lain bahawa dia sering mengkritik anda, itu adalah tanda paling jelas dia tidak ikhlas dalam persahabatan ini.

Dengan petanda-petanda MASKULIN kongsikan ini, fikirkanlah semula bagaimana hubungan anda dan kawan baik itu sendiri. Mungkin anda tak sedar berada dalam satu hubungan persahabatan yang toksik?

Siapa bro, siapa lawan?

 

Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply