Empat Sekeluarga Meninggal Rumah Tertimbus Tanah Runtuh, Isteri & Dua Anak Antara Terkorban

Empat sekeluarga meninggal rumah tertimbus tanah runtuh, isteri dan dua anak antara  terkorban. Hujan lebat yang berlaku kala ini telah mengakibatkan empat sekeluarga meninggal dunia apabila rumah mereka tertimbus akibat tanah runtuh.

Empat Sekeluarga Meninggal Rumah Tertimbus Tanah Runtuh

Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di Kampung Bruno daerah Purworejo wilayah Jawa Tengah, Indonesia, seorang suami, Subuh, 55 tahun hanya mampu meraung selepas menyaksikan rumahnya tertimbus  akibat hujan lebat dan dalam insiden menyayat hati itu, isterinya, Winda Wahyuningsih, 38 serta dua anaknya Susanti, 32 dan  Refa Yamela, 6 tahun ditemui meninggal dunia. Turut maut adalah cucunya, Mehrunnissa Reya Aresha berusia 4 tahun.

Dalam hujan lebat itu, Subuh baru saja keluar dari rumahnya berjarak 150 meter sebelum terdengar bunyi runtuhan tanah di mana dirinya segera berpatah balik sebelum melihat rumahnya sudah ranap dengan isteri dan anak-anaknya ada di dalam rumah yang ditimbusi tanah itu.

Isteri & Dua Anak Antara Terkorban

Penyelaras misi untuk agensi mencari dan menyelamat wilayah Muhammad Abdullah memberitahu media tempatan pada Rabu bahawa pasukan penyelamat menemukan tiga mangsa pada Selasa malam dan mangsa keempat pada pagi Rabu iaitu Winda Wahyuningsih yang sudah pun meninggal ketika ditemui.

Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk proses pengecaman. Dalam pada itu, dirinya memaklumkan hujan lebat pada Selasa telah mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di kawasan berkenaan. Kredit :- Detik Pagi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Meruntun Hati!, Jasad Ibu Dan Anak Berpelukan Di Bawah Runtuhan Antara 19 Mangsa Ditemui

Sebaknya, Ayah Tak Berdaya Bawa Jenazah Tiga Anak Ke Tanah Perkuburan

“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply