Penggunaan Soket Elektrik Dan USB Dalam Bas Kini Haram Di Malaysia

Susulan insiden yang melibatkan kematian seorang remaja berumur 18 tahun akibat renjatan elektrik dalam bas. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna (soket) tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan (MOT) sekadar memberikan arahan pengharaman sementara waktu sahaja penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres. Arahan kini dikembangkan ke semua bas dan juga melibatkan palam USB yang digunakan penumpang untuk pengecasan peranti.

Menurut Loke, pemasangan pendawaian elektrik oleh pihak tidak bertauliah antara punca insiden renjatan dalam bas. Tidak seperti dalam kapal terbang dan kereta api, tidak wujud piawaian khusus untuk sistem pendawaian soket elektrik dalam bas di Malaysia.

BACA LAGI : Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!

Sumber : Astro Awani

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply