Ernie Zakri Cipta Sejarah Di Indonesia, Menang Anugerah Di SCTV Awards 2024. Tahniah!

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, terus mencipta kejayaan apabila lagu hitnya, Masing-Masing, meraih anugerah berprestij di Indonesia pada Rabu.

Lagu yang popular ini terus mengukuhkan tempatnya di hati pendengar apabila berjaya memenangi anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 yang berlangsung di Jakarta.

ARTIKEL BERKAITAN: Anuar Zain Luah Kecewa Lagu Syamel Gagal Mara Ke AJL39 -“Antara Lagu Balada Yang Kuat Untuk Tahun Ini..”

Lagu ciptaan Ade Govinda dan Nabila V ini dinobatkan sebagai pemenang melalui sinetron Luka Cinta. Ernie Zakri, meluahkan rasa syukur sejurus diumumkan sebagai pemenang.

“Terima Kasih, Alhamdulillah ini pertama kali saya masuk di TV Indonesia. Rezeki yang luar biasa.

Terima kasih semua,” ucap Ernie usai diumum sebagai pemenang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ernie Zakri Miliki Suara Yang Luar Biasa, Kami Yakin Namanya Boleh Melonjak Di Indonesia” -Govinda

Kemenangan lagu Masing-Masing ini berjaya mengalahkan lagu-lagu soundtrack lain yang juga mempunyai kualiti yang hebat.

Dalam acara yang penuh gemilang tersebut, Ernie Zakri dan Ade Govinda turut mengambil peluang untuk menghiburkan penonton dengan persembahan di atas pentas.

Lebih membanggakan lagi, Ernie Zakri mencatat sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang meraih anugerah di SCTV Awards 2024, sekali gus mewakili negara dalam acara berprestij ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Lagi Figura Ernie Zakri Hiasi ‘Billboard’ New York Times Square. Tahniah!

Sebagai rekod, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, juga pernah meraih kemenangan dalam SCTV Music Awards pada 2004 apabila dinobatkan sebagai Artis Asing Paling Ngetop.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


by

Tags:

Comments

Leave a Reply