China Mengaktifkan Mesin Pengempar Paling Berkuasa Dunia Yang Menjana 1900 Tarikan Graviti

Mesin pengempar (centrifuge) paling berkuasa dunia telah diaktifkan di China minggu ini menurut laporan SCMP. Pengempar Centrifugal Hypergravity and Interdisciplinary Experiment Facility (CHIEF) terletak di Hangzhou boleh menjana sehingga 1900 tarikan graviti apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Ia memintas pengempar milik US Army Corps of Engineers yang boleh menjana tarikan 1,200 graviti sahaja. 

Terdapat tiga pengembar CHIEF akan dibina dengan ia dilengkapi enam kebuk untuk menjana daya hipergraviti ketika berputar. Tekanan hipergraviti digunakan dalam kajian bahan, proses geologi, perlombongan laut dalam, kajian seismik bumi dan pemprosesan bahan. Pembinaan dimulakan pada tahun 2020 dengan keseluruhan fasiliti dijangka siap tahun depan.

Antara kajian yang akan dimulakan ialah cara mengekstrak gas hidrat daripada lantai lautan yang di bawah tekanan yang tinggi. Sebelum eksplorasi sebenar dilakukan, teknik boleh diuji menggunakan pengempar. Hipergraviti juga boleh menguji kesan tekanan pada empangan selama beberapa dekat dalam masa beberapa jam sahaja.

CHIEF terkandung dalam pelan Rancangan Lima Tahun Ke-13 China (2016–2020) sebagai salah satu daripada sepuluh infrastruktur saintifik utama dengan pelaburan berjumlah lebih RMB 2 bilion (~RM 1.23 bilion).


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply