Superkomputer terpantas dunia kini dipegang oleh El Captitan menurut carta terkini Top500. Dengan kelajuan memproses mencecah 1.72 ExaFlop/s, ia dengan mudah memintas Frontier merupakan mantan superkomputer terpantas dunia dengan kelajuan 1.102 Exaflop/s.
Ini masih di bawah sasaran asal 2.7 ExaFlop/s semasa ia direka dan masih terdapat banyak peningkatan prestasi akan dilakukan untuk ia sekurang-kurangnya mencecah 2.0 Exaflop/s. El Capitan terletak di Lawrence Livermore National Laboratory di Amerika Syarikat dengan ia menggunakan senibina HPE dan dilengkapi 44,544 APU AMD MI300a. Kos pembinaan superkomputer ini dianggarkan sekitar $600 juta (~RM 2.68 bilion).
El Capitan dibangunkan khusus untuk melakukan simulasi letupan senjata nuklear, keselamatan senjata dan tugas memodenkan senjata nuklear bagi keperluan masa depan Amerika Syarikat. Dari masa ke semasa ia juga akan digunakan bagi tujuan melakukan ujian saintifik.
Walaupun El Capitan ialah superkomputer terpantas dunia, ia bukanlah yang terbaik untuk melatih kecerdasan buatan. Takhta superkomputer AI terpantas dunia masih dipegang Aurora yang mencatatkan kepantasan 10.6 AI exaFLOPS.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.