Hero Itu Suami Fazura
Pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura selalu mendapat perhatian netizen sejak perkahwinan mereka 7 tahun lepas.
Selain terkenal dengan gelagat “sweet” dan “romantis”, mereka juga terkenal kerana tidak bersikap sombong. “Humble” lah katanya.
Baru-baru ini ada peminat memuat naik video di sebalik tabir Fattah dan Fazura yang ceria bergurau senda.
Menerusi posting dari FazuraPictures itu, nampak seperti mereka sedang melakukan penggambaran untuk drama bersiri “Hero Seorang Cinderella 2”.
Siri 1 pon dah dapat ramai sambutan. Mesti ada yang masih setia menunggu untuk siri ke-2 walaupun dah 7 tahun berlalu. Nyamma pon dah wujud kat dunia.
Kalau dah bersemut macam tu siapa je tak nak tengok kan, mesti lah ada sambungan.
Gabungan Lakonan 3F
Kali ini untuk siri ke-2, Nyamma pon ada tau. Dalam siri kali ini, Nyamma membawa watak Aisya.
Haa siapa Aisya ni? Aisya merupakan anak kepada Tengku Ian Uzzam (Fattah) dan Nura Medina (Fazura).
Wow untunglah Nyamma dapat berlakon dengan Fattah Amin dan Fazura.
“Romantic halal..suami halal baru sweet,” – Netizen
Posting itu mendapat komen yang positif dari netizen. Mungkin sebab suami isteri halal berlakon dengan sesama sendiri.
Bagusnya jaga ikhtilat. Selain itu, komen netizen dari negara jiran juga mendapat perhatian.
“Shooting dengan suami isteri lagi romantis,” – Netizen
“Syuting barengan suami istri lebih romantis,” itu yang dikatakan oleh netizen dari Indonesia.
Mantap lah Fattah dan Fazura terbang ke international. Memang mengharumkan nama negara.
Bila kita tunjuk contoh yang baik dalam masa yang sama menjadi terkenal, mestilah ramai orang sokong.
Lagi-lagi bila dah ada anak, boleh jadi contoh untuk anak-anak.
Harapnya drama siri ke-2 kali ini mendapat sambutan yang lebih hangat. Tak sabarnya nak tengok Nyamma…
MESTI BACA : “Dah Ada Depan Mata Tapi Jodoh Belum Sampai” Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura!
“Kalau Ada Rezeki, Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki” – Fazura
Sumber : Instagram FazuraPictures
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.