Fattah Amin Kini ‘Orang Korporat’, Rasmi Jadi Ketua Pegawai Pemasaran Kambing Perap

Rezeki mencurah-curah selepas bergelar duda, Fattah Amin terkini dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) sebuah jenama produk makanan daging kambing.

ARTIKEL BERKAITAN : Fattah Amin Nafi Curang & Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa, Akui Terkejut Dengan Pendedahan Fazura

Perkara tersebut disahkan sendiri Pengarah Urusan Pak Mat Western, Nor Qaiyum Muhamad yang memaklumkan jawatan baharu Fattah berkuatkuasa hari ini.

Dan sekali gus menjadikan bintang Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini selaku orang korporat yang menentukan strategi promosi sebuah jenama besar.

Fattah Amin Fattah Amin

“Abdul Fattah Mohd. Amin merupakan Ketua Pegawai Pemasan baharu yang bakal merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa juga media sosial.

“Dengan ini secara rasmi perlaksanaan pelantikan baharu bermula pada 20 November 2024.

“Saya berharap pelantikan baharu ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan sistem usahawan kini,” katanya.

Fattah Amin dalam video iklan Pak Mat Western Fattah Amin dalam video iklan Pak Mat Western

Terdahulu pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu pernah menjadi artis jemputan bagi menjual makanan daging kambing perap yang dianggarkan terjual hampir 10,000 set.

Sebelum ini, Fattah, 34, turut berjaya mencetuskan fenomena apabila video siaran langsung dalam aplikasi TikTok berjaya meraih lebih 100,000 penonton dengan 44 juta tanda suka atau ‘like’.

Alhamdulillah, tahniah Fattah!

BACA LAGI : Fattah Amin Makin Laris! Kini Membintangi Video Muzik Aina Abdul Pula

Sumber : Kosmo

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply