Aprilia terus mengukuhkan reputasinya dalam dunia motosikal lasak dengan memperkenalkan Tuareg Rally. Versi yang lebih mantap daripada model asal Tuareg 660. Sejak debutnya pada 2021, Tuareg 660 telah berjaya mencuri perhatian dalam perlumbaan seperti Africa Eco Race dan Italian Motorally Championship. Kini pengalaman tersebut diterjemahkan untuk kegunaan harian penunggang.
Rekaan dan Kelengkapan Baharu
Tuareg Rally ini dirancang untuk menghadapi cabaran yang lebih ekstrem. Ia dilengkapi dengan beberapa peningkatan seperti:
- Skid plate aluminium yang lebih tebal dan tahan lasak.
- Pelindung tangan baharu dengan rangka besi untuk perlindungan maksimum.
- Pelindung rantai yang direka lebih kukuh.
Untuk keselesaan dan kedudukan menunggang yang lebih menyerupai motosikal rally-raid, tempat duduk kini dinaikkan 20 mm lebih tinggi. Manakala pemegangnya direka lebih tinggi dan berbentuk baru.
Prestasi Off-Road yang Dipertingkatkan
Bahagian roda juga menerima naik taraf penting, dengan rim spoked Ergal yang lebih tahan lasak dan menggunakan tiub dalaman. Saiz roda masih kekal pada 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, sesuai untuk laluan mencabar.
Suspensi Kayaba yang digunakan pada model asal masih dikekalkan, tetapi springnya diganti dengan jenis linear. Menggantikan jenis progresif. Hasilnya, kualiti tunggangan menjadi sedikit lebih keras, namun ia memberikan kawalan yang lebih baik ketika menempuh jalan off-road.
Untuk sentuhan akhir, Tuareg Rally dipasang dengan sistem ekzos SC Project yang diperbuat daripada titanium. Memberikan bunyi yang lebih agresif. Ia turut menampilkan skema warna replika perlumbaan yang dilengkapi dengan fork, rim, dan pemegang berwarna emas. Tongkat motosikal ini juga dinaik taraf dengan tapak yang lebih lebar untuk kestabilan tambahan.
Peningkatan pada Model 2025
Selain pengenalan Tuareg Rally, Aprilia turut mengumumkan peningkatan pada model Tuareg 2025. Enjin DOHC dua silinder selari 659 cc kini dilengkapi dengan throttle body 52 mm (sebelum ini 48 mm).
Walaupun tiada perubahan pada kuasa, model ini masih menawarkan prestasi cemerlang dengan 80 hp pada 9,250 rpm dan 70 Nm tork pada 6,500 rpm.
Dari segi penampilan, perubahan kecil dilakukan pada bahagian panel lampu hadapan. Memberikan rupa yang lebih kemas. Warna baharu seperti Tornado Green dan Hailstorm White turut diperkenalkan untuk model 2025.
Kelengkapan Standard yang Luar Biasa
Tuareg 660 kekal dengan ciri-ciri premium seperti:
- Skrin TFT-LCD 5.0 inci untuk paparan jelas.
- Sistem elektronik lengkap termasuk ABS, kawalan cengkaman, dan cruise control.
- Empat mod tunggangan untuk pelbagai situasi jalan.
- Sistem brek cakera berkembar dengan angkup Brembo di hadapan.
- Tangki bahan api besar dengan kapasiti 18 liter.
Siap untuk Cabaran Baru
Dengan semua peningkatan ini, Aprilia Tuareg Rally menawarkan pengalaman menunggang yang lebih tangguh dan menyeronokkan, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat off-road dan rally. Sama ada untuk laluan sukar atau ekspedisi jarak jauh, Tuareg Rally bersedia memberikan prestasi terbaik.
Dari PaulTan
Baca Juga Aprilia Tuono V4 2025: Enjin Lebih Besar & Kuasa Tambahan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.