Simen lantai, letak bata atau pasang paver block antara cara yang ramai lakukan untuk elak laman ditumbuhi rumput. Tapi dah pasang pun tetap timbul masalah yang sama. Rumput tumbuh pula celah batu bata dan simen hingga sakit pula mata memandang.
Bagi mengelakkan masalah ini terjadi ada beberapa cara yang dikongsi sendiri oleh netizen dalam satu hantaran di laman Tukang Apa Hari Ini. Perkongsian ini dibuat selepas seorang ahli bertanya cara untuk menangani masalah ini.
Assalam macam mana nak elak dari rumput tumbuh celah batu?
Berikut adalah beberapa solusi yang dikongsi buat yang berdepan masalah sama.
1. Alas dengan plastik – buka semula paver block kemudian alas dengan plastik khas untuk elak rumput tumbuh. Selepas itu baru pasang semula paver block.
2. Buat bancuhan air + garam kasar + cuka + sabun basuh pinggan. Tiada nisbah tepat. Jika nak hasil lebih cepat letak cuka lebih dari air. Sembur hari ini, esok rumput akan kering dan senang cabut. Pastikan cabut rumput selepas disembur. Selepas cabut sembur seminggu sekali. Insya-Allah rumput tak tumbuh. Selamat untuk haiwan kerana tak beracun dan batu pun kurang berlumut.
Artikel berkait: DIY Racun Hapus Rumput Liar Degil Sekitar Rumah. Guna 5 Bahan Murah Saja, 6 Hari Semua Lenyap
3. Siram air simen – racun dulu rumput, selepas rumput mati cabut dan bersihkan. Selepas bersih, siram air simen di celah-celah batu.
4. Tuang minyak terpakai – guna minyak hitam kereta terpakai, tuang celah-celah bata. Minyak masak terpakai pun boleh juga digunakan.
Artikel berkait: Tip Elak Rumput & Lalang Tumbuh Sekitar Rumah, Sembur Dengan Bahan Ini. Boleh Tahan Sampai 6 Bulan!
5. Tabur garam kasar – beli garam kasar kemudian tabur pada celah batu bata atau simen. Buat pada hari yang panas. Rumput akan kering dan boleh cabut. Kemudian ulang lagi tabur garam untuk elak rumput baru tumbuh.
Artikel berkait: Guna Garam Kasar, Cara Paling Senang ‘Matikan’ Rumput. Sehari Dah Nampak Hasil
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.