Nazihah Buktikan Status OKU Bukan Halangan, Semangat Juang Terbayar Dengan Segenggam Ijazah

Mempunyai status orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak menjadi penghalang bagi Nazihah Surati (25) untuk menggenggam segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 yang berlangsung baru-baru ini.

Nazihah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Sains Komputer Dengan Kepujian yang mengalami masalah pendengaran sejak berumur enam tahun itu meluahkan rasa syukur dapat membuktikan bahawa golongan sepertinya mampu berjaya meskipun berdepan laluan sukar berbanding individu normal.

“Keluarga adalah pembakar semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan. Sokongan pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan kekangan yang dihadapi khususnya komunikasi”

BACA: Kekurangan Diri Bukan Penghalang Kejayaan, Graduan PKU Ini Jadi Salah Seorang Penerima Hadiah Pingat Emas USM!

“Saya menggunakan hearing aids yang dipasangkan secara plug and play di kedua pasang telinga. Namun ia masih memiliki banyak kelemahan dan kekurangan,” katanya.

“Selain itu, antara cabaran yang saya hadapi sepanjang tempoh pengajian di UTM adalah kuantiti pelajar yang ramai di dalam bilik kuliah, menyukarkan saya untuk membaca paparan pengajaran pensyarah di samping keterbatasan audio yang agak sedikit menyulitkan saya,” ujarnya lagi.

BACA: Graduan Ini ‘Hadiahkan’ Anugerah Pelajaran Diraja Buat Ibu Bapa, Tekad Mahu Ubah Nasib Keluarga. Tahniah!

Menurut bekas atlet tenpin boling mewakili Johor pada Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 itu berkata, dia merancang untuk menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi iaitu sarjana namun mahu mengumpul pengalaman kerja terlebih dahulu.

BACA: Dua Graduan Cemerlang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Terima Anugerah Pelajaran Di-Raja

Nazihah ketika meraih pingat gangsa pada ‘New Academia Learning Innovation (NALI) 2024

Pada masa yang sama, gadis itu telah pun ditawarkan untuk menyambung pengajian, Nazihah masih lagi ingin meneruskan langkah ke peringkat Ijazah Sarjana di UTM. Beliau juga kini merupakan seorang pengujian perisian di salah sebuah bank di ibu kota Kuala Lumpur.

“Saya sudah mendapat tawaran menyambung pengajian sarjana di UTM. Tetapi saya mahu bekerja terlebih dahulu dan akan melihat kesesuaian belajar sambil bekerja. Mungkin akan sambung dalam tempoh setahun lagi,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

BACA: Cipta Sejarah! Graduan Cemerlang Ini Raih Lebih 5 Anugerah Berprestij Sepanjang Pengajian. Tahniah!

Dalam pada itu, Nazihah berharap kejayaannya dapat dijadikan pencetus semangat kepada semua golongan OKU agar sentiasa berusaha memajukan diri dan tidak sesekali berputus asa walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

“Jangan biarkan aura negatif menghalang perjalanan anda menuju puncak kejayaan. Jadikan segala cabaran dan kritikan sebagai batu loncatan untuk terus melangkah ke hadapan. Ingatlah, jika kita sudah memulakan sesuatu, bertanggungjawablah untuk menyelesaikannya.” pesan Nazihah.

BACA: Tahniah! Emina Kulasic, Pempengaruh Cemerlang Terima Anugerah Pelajaran Diraja UUM

Sumber: UTM

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply