Stail “Less is More” Pilihan ANNA JOBLING Jadi Inspirasi Wanita Muda! Tampil Versatil Dalam Kesedehanaan Fesyen

Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Jadi tidak hairanlah jika nama Anna Jobling kini meniti di bibir para peminat hingga di negara jiran, Indonesia.

Malah, namanya semakin memuncak apabila bakal membintangi tiga lagi filem di Indonesia selepas kemunculan sulung sebagai teraju utama dalam filem Lembayung.

Mengakui masih mentah dan berada pada fasa hijau di usia 24 tahun, pelbagai kejayaan sedikit demi sedikit mula ditempa Anna Jobling, sekaligus meletakkan namanya pada kelas tersendiri dalam industri hiburan tanahair dan persada antarabangsa!

Anna Jobling Ternyata Seorang Yang Simple Dan Gemarkan Stail ‘Less is More’ 

Disebalik penjenamaan gah ‘Anna Jobling’ di pentas seni tahan air, ramai yang tidak mengetahui bahawa pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman sebenarnya seorang yang gemarkan sesuatu yang ‘simple’ dan berpegang pada konsep ‘Less is More’.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Anna sendiri ketika team NONA, berkesempatan menemui beliau yang dangkat sebagai salah seorang duta bagi pelancarab koleksi FILA X Peanuts yang berlangsung di ibukota baru-baru ini.

“Hari ini Anna berada di launched Fila x Peanuts Collection. Anna suka koleksi ini sebab Anna seorang yang ada stail yang tak crowded more to simple dan jika tiada keperluan Anna kurang gemar untuk dress up sangat.

“Jika Anna bercuti dan nak keluar ke mana-mana bersama kawan-kawan atau pun beriadah Anna suka mengenakan sesuatu yang ringkas dan simple.

“Jadi koleksi Fila x Peanuts ni menepati citarasa dan jiwa Anna. Tambahan pula koleksi ini mengetangahkan pelbagai jenis stail antaranya ada kemeja-T polos, ada sweater, ada jaket dan kita boleh gayakanya secara kasual atau santai.

“Paling penting koleksi ini sangat selesa dan sesuai digayakan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Jadi itulah secara ringkas nya tips gaya dan stail yang menjadi pilihan Anna, keep it simple!,” ujar pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018 / 2019 itu.

Kecantikan Adalah ‘Aset’ Wanita Yang Amat Penting Untuk Dijaga!

Ketika diminta mengulas berkenaan bagaimana dia memelihara kecantikan wajah yang dimilikinya, ini respon yang diberikan oleh Anna.

“Bagi tips kecantikan pula, ada masa Anna suka menggayakan solekan yang ekstra bergantung kepada event dan ocassion yang macam mana Anna perlu hadir. Tapi kebanyakkan masanya, Anna suka kan solekan yang ringkas dan tidak berat. Less make up, less dress up and just be simple.

“Alhamdulillah.. Setakat ini Anna tiada sebarang masalah kulit, mungkin juga sebab genetik sebab kulit mama Anna sentiasa flawless. Tapi Anna juga memang menjaga rutin kecantikan dan pemakanan seharian Anna serta ada juga melakukan senaman pada waktu senggang.

“Antara Rutin kecantikan yang Anna amalkan dan  tak pernah tinggalkan adalah mencuci muka. Walau penat atau letih macam mana sekalipun, Anna pasti akan mencuci muka terlebih dahulu sebelum tidur.

“Selalunya Anna akan buat teknik ‘Double Cleansing’, buang solekan dengan make-up remover terlebih dahulu, lepas tu cuci muka sekali lagi dengan pencuci muka. Selepas muka dah betul-betul bersih, barulah Anna akan oleskan Essence, Toner, Serum, pelembap, krim mata dan lip balm sebelum tidur.

“Anna akan pastikan rutin wajib ini dilakukan sentiasa untuk melindungi dan menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah Anna. Kecantikan adalah aset paling penting untuk dipelihara oleh setiap wanita samada bekerjaya mahupun suri rumah. Nak cantik kena rajin!,” tegas gadis manis kacukkan Melayu-Inggeris ini.

Sekadar info, pada Julai 2022, nama Anna Jobling tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekaligus menjadi calon tunggal dari Malaysia bagi kempen tahunan tersebut.

Malah, nama Anna joblin berada di puncak populariti pada tahun sama, apabila digandingkan bersama Meerqeen membintangi drama Melur Untuk Firdaus, yang kemudianya menjadi sohor di media sosial, sehingga nama Anna memuncak dan tular sehingga ke luar negara.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Anna Jobling 


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply