Pada Mac lalu, Richard Slayman dari Massachusetts menjadi manusia hidup pertama menerima ginjal khinzir. Tetapi beliau meninggal dunia dua bulan selepas menerima organ tersebut dengan laporan awal tidak mengesyaki ia disebabkan oleh penolakan tubuh untuk menerima organ khinzir.
Minggu lalu penyelidik dari Massachusetts General Hospital yang terlibat dengan prosedur xenotransplan ini mengesahkan kematian Slayman bukan disebabkan pemindahan organ. Sebaliknya Slayman meninggal dunia kerana masalah jantung yang tidak dijangka.
Slayman menerima organ khinzir sebagai ganti kerana tidak layak menerima ginjal manusia disebabkan oleh faktor usia, sejarah penyakit jantung dan menghidap kencing manis jenis 2. Bedah siasat yang dilakukan mendapati tubuh Slayman tidak menolak ginjal khinzir yang diterima atau menimbulkan komplikasi kesihatan.
Nasib Slayman berbeza dengan David Bennett yang menjadi manusia pertama menerima jantung khinzir. Bennet meninggal dunia dua bulan selepas menjalani prosedur kerana virus porcine cytomegalovirus menyebabkan organ yang diterima gagal berfungsi. Virus terlepas daripada saringan yang dilakukan sebelum pemindahan dilakukan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.