RM150 Ribu Dibelanja Untuk Setiap Pesakit Vape Yang Diwadkan Di Hospital Selama 12 Hari

Tahukah anda bahawa terdapat satu definisi penyakit untuk mereka yang menghadapi isu kesihatan jantung akibat aktiviti vape? Ia dinamakan EVALI dan ia merupakan satu penyakit yang sangat menelan belanja yang tinggi untuk dirawat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menjawab persoalan di Dewan Rakyat berkenaan rawatan untuk pesakit Evali, dan mengatakan bahawa untuk setiap pesakit yang menghadapi penyakit tersebut dan perlu diwadkan selama 12 hari, sebanyak RM150,892.11 dibelanjakan untuk memulihkan mereka.

Dari 2019 sehingga 30 September 2024, sebanyak 41 kes penyakit Evali yang membabitkan penggunaan vape atau rokok elektronik telah disahkan setakat ini, dan sekiranya tidak dibendung, mengatakan bahawa kos pemulihan akan meningkat ke RM368 juta setahun menjelang 2030.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan bahawa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang diperkenalkan pada 1 Oktober yang lalu yang juga merangkumi produk rokok elektronik diharap dapat membantu dalam mengurangkan gejala merokok.

Ini berikutan kata-kata beliau sebelum ini bahawa kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia pada tahun 2023 yang menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply