Kecil Namun Selesa, Inspirasi Rumah Persinggahan Hujung Minggu Keluasan 600kps Kos RM80k. Binaan rumah bersaiz kecil kian menjadi pilihan buat ramai pemilik kediaman. Apatah lagi rumah tersebut didirikan sekadar dijadikan rumah persinggahan di hujung minggu ataupun disewakan sebagai rumah inap (homestay).
Menepati konsep tiny & cosy, reka bentuk dan dekorasi rumah yang dikongsikan oleh pemilik rumah Kob Mekanikal ini yang sangat cantik dan tersusun rapi. Walaupun kecil hanya berkeluasan 600kps dan memilih konsep terbuka namun perancangan pelan lantai dan dekorasi rumah cukup sempurna. Tak terasa sesak dan lemas, walaupun keluasan rumah cukup terhad.
“Sebelum ini pernah post tinyhouse saya, masa tu baru siap dibina lebih kurang setahun yang lalu walaupun kecil tapi selesa untuk kami,”
“Konsep open (terbuka) lagi pun umah ni kecil kalau buat dinding tengah tu lagi nampak sempit,”
“Ini rumah balik hujung minggu je almari baju memang tak de. Dapur pula saya pakai dapur kecil yang 1 tungku tu ja.. habis masak simpan dalam kabinet,”
“Saya nak ucapkan terima kasih pada kontraktor Pakar Ubah Suai Rumah taiping yg sedaya upaya cuba merialisasikan impian kami sekeluarga,”ujarnya.
INFO KEDIAMAN:
Pemilik: Kob Mekanikal
Usia Kediaman: 2 tahun (2022)
Lokasi: Taiping
Konsep: English Style
Keluasan Kediaman: 20’x30′ (600kps) + Beranda 10kaki
Kos Pembinaan Rumah: RM80,000
Jenis Kediaman: Rumah Kampung
Spesifikasi Ruang:
(1 Dapur,2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, Balkoni & Ruang Tamu
IMPIANA: Memang cantik dan comel dekorasi dan rekaan kediaman yang dijadikan rumah persinggahan hujung minggu ini. Walaupun hanya bersaiz kecil dengan keluasan 600kps, namun tetap selesa untuk didiami. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Mesti Baca: Elak Renovasi Rumah Kecil Berlebihan, Buat Tabungan Usahakan Tinggal Kawasan Perumahan Lebih Baik
Baca Lagi Di Sini: Dekorasi Rumah Kecil 800 Kaki Persegi, Simple Dan Tak Banyak Perabot
Artikel Menarik: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.