Meja berdiri dikatakan adalah kaedah paling sihat untuk melakukan kerja dengan ia menjadi trend khususnya selepas pandemik. Melakukan kerja dengan duduk dipercayai boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kerana amalan hidup sedentari. Namun, kajian terkini mendapati penggunaan meja berdiri sebenarnya tidak meningkatkan kesihatan penggunanya.
Kajian dilakukan oleh penyelidik dari New University of Sydney yang melibatkan data 83013 individu yang dikumpul sehingga lapan tahun menggunakan jam tangan pintar. Ia mendapati mereka yang berdiri sehingga 2 jam sehari tidak mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding insan yang duduk sehingga 10 jam sehari. Sebaliknya amalan berdiri melebihi 2 jam sehari meningkatkan risiko masalah peredaran darah yang berkaitan dengan berdiri, seperti urat varikos dan trombosis urat dalam (DVT).
Sungguhpun begitu penyelidik mengesahkan amalan duduk melebih 10 jam sehari akan meningkatkan risiko penyakit kardio vaskular. Penyelidik menyarankan mereka yang bekerja dengan duduk untuk berhenti seketika untuk berjalan, berdiri dan melakukan pergerakan seperti menaiki tangga.
Senaman berat selama 6 minit atau senaman sederhana selama 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung walaupun pada insan yang duduk sehingga 11 jam sehari. Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.