Kita baru sahaja berhadapan dengan pandemik global yang meragut lebih 7 juta nyawa. Penyakit Covid-19 hanya berjaya diperangi selepas vaksin dibangunkan dengan segera. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini telah menerbitkan pula senarai 17 patogen yang paling memerlukan vaksin dibangunkan dengan segera.
Tiga patogen yang di senarai teratas menyebabkan kematian lebih 2.5 juta kematian setiap tahun menerusi penyakit HIV, malaria dan batuk kering (tuberkulosis). Walaupun telah wujud vaksin untuk batuk kering dan malaria pada ketika ini, pembangunan vaksin baharu perlu dibangunkan kerana patogen semakin tahan kepada rawatan antimikrob.
Senarai diterbitkan oleh WHO kerana kepentingan pembangunan vaksin adalah bergantung kepada keuntungan yang boleh dijana dan bukannya bagi tujuan melupuskan penyakit yang paling berbahaya. Dengan senarai 17 patogen paling berbahaya ini keutamaan penyelidikan dan keperluan program imunisasi di negara berpendapatan rendah dan sederhana dapat dilakukan dengan pembangunan dan pengambilan vaksin keutamaan boleh disegerakan.
Senarai 17 patogen yang paling memerlukan vaksin menurut WHO adalah seperti di bawah.
Pathogen memerlukan kajian pembangunan vaksin
- Streptococcus Kumpulan a
- Virus Hepatitis C
- HIV-1
- Klebsiella pneumoniae
Pathogen yang memerlukan pembangunan vaksin dikembangkan
- Cytomegalovirus
- Virus Influenza virus (vaksin perlindungan meluas)
- spesis Leishmania
- Salmonella bukan kepialu
- Norovirus
- Plasmodium falciparum (malaria)
- spesis Shigella
- Staphylococcus aureus
Patogen di mana vaksin menghampiri kelulusan kawal selia, pengesyoran dasar atau pengenalan
- virus Dengue
- Streptococcus kumpukan B
- E. coli patogenik ekstra-usus
- Mycobacterium tuberculosis
- Respiratory syncytial virus (RSV)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.