Buat Pertama Kali Sejak 130 Tahun, Gunung Fuji Tidak Bersalji Di Penghujung Oktober

Puncak gunung Fuji di Jepun masih tidak dilitupi salji walaupun kita kini sudah berada di penghujung Oktober. Ini ialah kali pertama fenomena ini berlaku sejak rekod mula disimpan pada tahun 1894. Tahun lalu salji telah mula menutupi Fuji pada 5 Oktober. Tarikh paling lewat ia berlaku sebelum ini ialah 26 Oktober yang dicatatkan pada tahun 2016.

Stringer/Kyodo News/Getty Images

Tahun ini melihat Jepun mencatatkan suhu 1.76C lebih panas daripada kebiasaan antara bulan Jun hingga Ogos. Perubahan iklim global dipercayai menyebabkan suhu musim panas lebih tinggi dan Gunung Fuji masih tidak bersalji.

Mei lalu suhu di Asia Tenggara adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dengan kematian dilaporkan di Thailand, Malaysia dan Vietnam disebabkan oleh strok haba. Satu kes berprofil tinggi tular di media sosial hanya dua minggu lalu apabila seorang pelajar kini menjadi OKU selepas dijemur di tengah panas oleh guru. Pada Jun pula, lebih 1300 jemah haji meninggal dunia juga dipercayai disebabkan oleh suhu melampau di Arab Saudi.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply