Zahirah Macwilson Minta Henti Ganggu Rumah Tangga Orang Lain, “Wanita Perlu Saling Menghormati”

Kes tular yang melibatkan pasangan selebriti tanah air membuatkan pelakon jelita, Zahirah Macwilson bersuara dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.

Malah kata Zahirah dia amat memahami perasaan seorang isteri yang berdepan dengan konflik rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.

Bahkan kata Zahirah menerusi perkongsiannya di Insta Story, dia yang kini sarat hamil anak kedua itu berkata setiap wanita perlu saling menghormati dan bukannya merampas kebahagiaan dengan melakukan kelakuan tidak bermoral apatah lagi curang dengan pasangan sendiri.

“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.

“Wanita perlu memghormati wanita lain dan berhenti menormalisasikan kelakuan tidak sopan (rosakkan rumah tangga seseorang),” tulisnya pada hantaran Instagram Story.

 

Tambahnya lagi, perbuatan memecah belahkan keluarga orang lain dengan melibatkan anak-anak mereka adalah satu perbuatan tidak normal dan tidak patut dijadikan satu perkara biasa dalam masyarakat hari ini.

“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun. Zahirah juga kini sedang hamil cahaya mata keduanya.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak
Tunai Umrah!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Posted

in

by

Comments

Leave a Reply