Imran Aqil & Dahlia Rizal Teruja Sambut Ramadan Pertama Bersama

“Untuk ramadan pertama kami pada tahun ini, saya sudah membuat persiapan beberapa resipi masakan untuk masak bersama-sama suami”

Itulah yang dikongsikan pempengaruh popular, Dahlia Rizal apabila bercerita mengenai keterujaannya menyambut bulan Ramadan pertama bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil.

Katanya, dia sudah pun menyediakan beberapa resipi masakan untuk memasak bersama suaminya bagi juadah berbuka puasa.

Menurut bekas peserta Hero Remaja itu pula, ramadan kali ini amat bermakna buatnya selain banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ bagi tujuan menunaikan solat sunat tarawih bersama isteri tersayang.

“Ya, bagi ramadan kali ini juga saya banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ seperti kurta dan abaya untuk menunaikan solat sunat tarawih.

“Ia kerana, kami sangat teruja untuk menyambut ramadan bersama sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Remaja.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.

SUMBER FOTO: Instagram Imran & Dahlia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply